Program: Pengenalan Ict/ Komputer (Siri 1)
24 April 2017| Aktiviti Terkini
Pada 22 April 2017, bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari, kami telah mengadakan kelas pengenalan ICT kepada golongan sasar iaitu kanak-kanak yang berumur dari 6 hingga 12 tahun. penyertaan adalah seramai 10 orang.
Pada 23 April 2017, kami telah mengadakan dua buah kelas yang sama untuk golongan belia dan dewasa(surirumah dan pekerja). Kelas golongan belia diadakan pada sebelah pagi iaitu dari jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Penyertaan adalah seramai 10 orang. Manakala kelas golongan dewasa telah diadakan pada sebelah petang iaitu dari jam 2.00 petang.
Kelas yang diadakan meliputi asas-asas penggunaan computer/ hardware. Selain itu, kelas diadakan lebih kepada asas penggunaan Microsoft words. Mereka diajar menaip nama diri sendiri, alamat, umur dan biodata diri yang lain. Kelas siri 2 akan diadakan pada masa dan jam yang sama. Tarikh akan dimaklumkan kemudian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: